Thursday, November 29, 2007


BERITA HARIAN.
PENNY WONG, WANITA SABAH DALAM KABINET RUDD, AUSTRALIA MENERAJUI KEMENTERIAN PERUBAHAN IKLIM DAN AIR.
Penny was born in Sabah, Malaysia. She moved to Australia when she was eight and settled in the Adelaide Hills. She won a scholarship to Scotch College and obtained a Bachelor of Arts Degree and a Law Degree (Hons) from the University of Adelaide. Penny began working for the Construction, Forestry, Mining and Energy Union when she was still studying and stayed with the union after she was admitted to the Bar. She became an elected organiser and industrial officer. She was then employed as a ministerial advisor to the Carr government in New South Wales, concentrating on forest policy. She later returned to Adelaide to practise law

SYDNEY: Seorang wanita kelahiran Negeri Sabah, Penny Wong dan seorang bekas bintang rock, Petter Garret adalah antara tokoh yang dipilih menganggotai Kabinet Perdana Menteri baru Australia, Kevin Rudd semalam, langkah yang dilihat bakal memperkukuh dasar alam sekitar kerajaan Parti Buruh termasuk pelaksanaan Protokol Kyoto mengenai perubahan alam sekitar.

Penny Wong, 38, yang dilahirkan di Negeri Sabah, Malaysia, telah dilantik menjadi Menteri Perubahan Iklim dan Air, Australia yang beranggungjawab mengenai rundingan antarabangsa, terutama mengenai perjanjian Kyoto yang bermatlamat mengurangkan penghasilan gas rumah hijau.

Pakar dan saintis mempersalahkan penghasilan berlebihan gas rumah hijau di seluruh dunia, terutama di negara maju sebagai punca perubahan iklim dan pemanasan global. Penny, berhijrah ke Australia ketika berusia lapan tahun pada 1977 dan dipilih sebagai senator Parti Buruh pada 2001. Beliau yang juga seorang peguam, adalah wanita kelahiran Asia pertama yang menyertai Parlimen Persekutuan dan mewakili wilayah Selatan Australia. Penny sebelum ini adalah 'menteri bayangan' bagi pentadbiran awam. "Cabaran dalam politik negara ini sekarang adalah untuk 'memperbaharui' Australia dan memberi keutamaan dalam soal keadilan kepada semua rakyat," katanya.

Bekas vokalis kumpulan Midnight Oil selama 26 tahun, Petter Garret, 54, dilantik sebagai Menteri Alam Sekitar yang akan bertanggungjawab mengendalikan program mengenai kesedaran perubahan iklim di Australia termasuk program solar, pengendalian air secara cekap dan beberapa bidang membabitkan sumber tenaga.

Isu perubahan iklim menjadi agenda utama dalam kempen utama pilihan raya baru-baru ini, selepas Australia dilanda kemarau paling buruk dalam sejarah negara itu. "Agenda utama Parti Buruh pada masa depan ialah menangani perubahan iklim, mengatasi masalah air dan mengekalkan alam sekitar yang sihat," katanya.

Sementara itu Rudd ketika mengumumkan barisan anggota Kabinetnya berkata beliau merancang membina 'sistem pendidikan kelas pertama' dan mahu Australia menjadi negara terbaik di dunia. Beliau berkata Penny dan Garret akan mengiringinya dalam mesyuarat antarabangsa mengenai perubahan iklim di Bali bulan depan. Rudd memberi jaminan untuk menukar dasar bekas Perdana Menteri John Howard dan melaksanakan perjanjian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), meninggalkan Presiden Amerika George W Bush keseorangan dan menjadi satu-satunya pemimpin dunia yang menolak protokol berkenaan. AFP

No comments: