DARI: BERITA HARIAN ON LINE
Hindraf melampau
Oleh Misiah Taib dan Badrul Hizar Ab Jabar
Oleh Misiah Taib dan Badrul Hizar Ab Jabar
PM marah tuduhan Hindraf kerajaan lakukan pembersihan kaum ALOR GAJAH: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi amat marah dengan tindakan Hindraf yang mendakwa Kerajaan Malaysia melakukan pembersihan etnik dan menyifatkan perbuatan itu pembohongan amat jahat. Perdana Menteri yang mengakui jarang marah, berkata beliau sendiri akan meletak jawatan jika perkara seperti itu berlaku di Malaysia, sebuah negara yang sejak merdeka hingga sekarang, kerajaannya memberikan keadilan dan kesaksamaan kepada semua kaum.
Tindakan Hindraf itu katanya, bertujuan mencetuskan perbalahan antara kaum, dengan cubaan memperdayakan majoriti masyarakat India yang tidak bersalah kononnya selama ini mereka ditekan dan ditindas. "Saya rasa marah, sebenarnya saya jarang rasa marah tetapi ini tindakan yang tidak boleh dilayan sama sekali. "Beritahu saya, apakah anda percaya pembersihan etnik berlaku di negara ini. Apakah ia berlaku di Malaysia? Saya akan meletak jawatan jika saya membenarkan ini berlaku. Ia tidak pernah berlaku di negara ini. Ini adalah satu pembohongan amat jahat," katanya.
Tindakan Hindraf itu katanya, bertujuan mencetuskan perbalahan antara kaum, dengan cubaan memperdayakan majoriti masyarakat India yang tidak bersalah kononnya selama ini mereka ditekan dan ditindas. "Saya rasa marah, sebenarnya saya jarang rasa marah tetapi ini tindakan yang tidak boleh dilayan sama sekali. "Beritahu saya, apakah anda percaya pembersihan etnik berlaku di negara ini. Apakah ia berlaku di Malaysia? Saya akan meletak jawatan jika saya membenarkan ini berlaku. Ia tidak pernah berlaku di negara ini. Ini adalah satu pembohongan amat jahat," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Perkampungan Hadhari peringkat negeri di Dataran Pantai Perkelahan Tanjung Bidara dekat sini, semalam. Hadir sama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin. Abdullah berkata, tidak pernah berlaku perbalahan antara penganut Islam dan Hindu di Malaysia dan mengapa harus perkara seperti itu ditimbulkan. Ia berbau perkauman dan bertujuan memporak-perandakan keamanan, kestabilan serta kesejahteraan rakyat. "Tindakan kumpulan ini bertujuan menggugat kepercayaan orang India terhadap kerajaan, terhadap Umno dan juga orang Melayu," katanya sambil menyifatkan Hindraf membuat pelbagai tohmahan tidak berasas sama sekali. Beliau berkata, penghapusan etnik adalah seperti berlaku di Bosnia apabila pihak Serbia menyerang dan membuat segala-galanya supaya orang Bosnia tidak lagi wujud, tetapi di Malaysia perkara seperti itu tidak pernah berlaku.
Tindakan Hindraf katanya, yang membuat aduan mengenai masyarakat India di Malaysia kepada Kerajaan United Kingdom, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pihak antarabangsa lain, semata-mata bertujuan menimbulkan keadaan tidak tenteram dan perbalahan antara kaum. "Sepanjang 50 tahun kita merdeka, orang India sudah menjalankan peranan mereka menjadi penyokong kuat Kerajaan Malaysia, kerajaan Barisan Nasional (BN). Tentu sekali mereka tahu kita bersifat adil dan saksama. "Tapi hari ini nampaknya mereka (orang India) hendak diperdayakan oleh kumpulan Hindraf ini. Saya harap kaum India terutamanya, jangan benarkan diri diperdayakan mereka ini. "Saya harap kaum lain juga tidak menunjukkan simpati kepada kumpulan terbabit. Saya harap orang Melayu bersabar kerana kerajaan dan pihak polis akan mengawasi apa juga tindakan kumpulan terbabit," katanya.
Abdullah juga memberi contoh di kawasannya, Kepala Batas, terdapat ramai masyarakat India dan beliau sendiri membantu mereka, termasuk memberikan wang untuk mereka membaiki kuil. "Saya bantu sebab kita menghormati agama lain, dan mereka bukan bermusuh dengan kita, mereka duduk bersama-sama bermuafakat dengan elok dan bekerjasama, ini yang berlaku," katanya. Beliau bagaimanapun yakin rakyat Malaysia dan orang India sendiri tidak akan mudah terjebak dan percaya dengan pembohongan yang sengaja direka oleh Hindraf. Ditanya apakah tindakan kerajaan terhadap hasrat pelbagai pihak termasuk Majlis Peguam untuk mengadakan beberapa lagi perhimpunan bulan ini, beliau berkata, pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut landasan undang-undang. Sambil menyifatkan tindakan Hindraf sebagai cuba 'menangguk di air keroh' beliau berkata, negara ini mempunyai undang-undang dan perlembagaan yang mana semua pihak perlu mematuhinya dan tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap sesiapa yang melakukan kesalahan.
"Kita berjaya sebab kita mematuhinya, kita pegang kuat pada Rukun Negara, Kedaulatan Undang-undang dan Keluhuran Perlembagaan," katanya. Abdullah berharap rakyat Malaysia akan membuat penilaian dengan kenyataan seperti ini (oleh Hindraf) terutama sekali bagi kaum India yang diheret dan cuba diperdayakan kumpulan berkenaan. Katanya, sejak sekian lama, kerajaan sentiasa memberikan perhatian kepada pelbagai permintaan Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu untuk memperbaiki sosial dan ekonomi masyarakat India. "Sama ada permintaan untuk menjadi senator, wakil rakyat, semua kita beri perhatian, kita beri sokongan.
Orang India tahu ada kumpulan seperti Hindraf nak cucuk mereka dan nak buat bermacam kenyataan supaya mereka tidak seronok dengan kita," katanya yang tidak mahu Malaysia yang sedang membangun dengan baik digugat kumpulan itu. Ditanya sama ada kerajaan bercadang melucutkan kewarganegaraan anggota Hindraf, beliau menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan undang-undang. Perdana Menteri berkata, melakukan demonstrasi jalanan kononnya untuk membuat perubahan dan tuntutan adalah cara tidak betul termasuk oleh kumpulan yang bergelar "BERSIH" mengenai pilihan raya, bulan lalu.
Pada pilihan raya akan datang, beliau berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya sudah menetapkan untuk menggunakan dakwat khas dan peti undi lutsinar bagi memastikan ketelusan. "Tong peti undi yang lutsinar, semua orang tahu bila bawa ada kertas undi di dalamnya. Begitu juga untuk undi pos, orang lain pun boleh datang tengok, apa yang dilakukan ketika undi pos, semua nak periksa seolah-olah tak percaya pada siapa pun, mereka saja perlu dipercayai," katanya. Perdana Menteri berkata, kalau Kerajaan Malaysia penipu, sudah lama ia diketepikan kerana rakyat bukan bodoh dan tidak boleh diperbodohkan.
Abdullah bagaimanapun mengakui masih ada kelemahan dan ada kerja yang belum dilaksanakan oleh kerajaan berkata: "mana ada pemimpin dalam dunia kata aku telah buat segala-galanya, semuanya sudah sempurna, tidak ada yang miskin, tidak ada yang melarat, tidak ada memerlukan bantuan." Pembangunan katanya, adalah proses yang mengambil masa lama dengan memberikan contoh dasar pembasmian kemiskinan yang dimulakan sejak wujudnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan masih dilaksanakan sehingga hari ini. "Ramai yang masih miskin, kita tidak boleh kata selepas 20 tahun DEB dilaksanakan maka berhenti segala-galanya, tak payah buat apa-apa lagi," katanya.
NOTE: (FROM One! International)
What is One! International?
What is One! International?
One! International is a volunteer organization working toward the betterment of life in Mumbai (Bombay), India. It is a non-governmental (non-profit), non-sectarian organization that depends on financial support from individuals as well as businesses.
The main goal of One! is the future. And of course the key to the future is the children and the youth. Basic education for children is a must. However, in order to accomplish this, education must also be extended to the older population by conveying educations' necessity, and also to try and break the parent's dependance on their children for the food and money they get by begging.
In order to conquer education, other problems must be faced simultaneously. Basic needs, such as nutrition and medical attention as well as the problems faced by women: treatment by men and pregnancy. 47% of children between 0-59 months (0-5 years) in India are underweight - this figure is only matched or worse in three countries: Ethipoia, Yemen and Bangladesh.33% of the total population of India use adequate sanitation facilities.
UNICEF 2005
UNICEF 2005
1 comment:
It is very obvious that external power/source is helping this group to create chaos in malaysia.
It will create opportunity for the foreign country to interfere into Malaysia's affair...with the increasing fuel prices and malaysia been located strategically its very obvious it's the envy of the neighbouring and foreign country..
the problem with the malaysian indians "tamil" is corruption and unity . the indian tamil dont even trust each other...how then would you expect them to prosper..Malaysia have created well known leader among the indian tamils...take their current leader for example.. his family hails from the plantation.. poor family....but now where is he..
...by the way malaysian tamil should also look into the plea of the "orang asli" of malaysia...how they are surviving....some of their kids have to travel miles in the early morning on tractors..or other mean to reach school..in states like in Pahang.....till today
bottom line .. is ,there are external sources involve...they want malaysia to join other countries..in the ." trouble water".....
To me HINDRAF is not a party representing the malaysian indian "tamil" but more of a party with some hidden motives.....to create problem in malaysia.
thanks alot to private cable tv.....for bringing in the gangsterism/explict tamil programmes....which has brainwash indian mind...
lately...i have seen the patriotism among the malaysian indian tamil of HINDRAF not towards malaysia anymore ......what does this indicate...
What the malaysian goverment dont realise is..that the issuing of visa on arrival has been abusive by a lot of foreigners....and they have been bringing in a lot of ideology and go into hiding..in this country....
.what the malaysian goverment dont realises...are it seem most of the Hindu temples in malaysia is run by the priests from indian with diff. ideology...and intention.
Our goverment should keep tap on this group..before things get out of control....
It is always easy to abuse and hide behind the religion.
I want a peaceful Malaysia.
Post a Comment